Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kayuhan merdeka Raja Muda Perlis di Pulau Pinang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kayuhan merdeka Raja Muda Perlis di Pulau Pinang

Kayuhan merdeka Raja Muda Perlis di Pulau Pinang

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 01 September 2020 08:53

GEORGETOWN: Buat julung kalinya, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan kayuhan basikal di negeri ini sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 semalam.

Kayuhan itu merupakan inisiatif baginda sendiri yang sentiasa komited berkayuh setiap tahun tanggal 31 Ogos dalam menyemai semangat patriotisme dan mewarnai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di samping mengenang jasa pahlawan dan wira negara.

Lebih manis, Pulau Pinang menjadi pilihan baginda selepas sebelum ini iaitu sejak 2014, program itu dilakukan di sekitar selatan Thailand namun tidak dapat diteruskan tahun ini berikutan pintu sempadan negara yang masih ditutup.

Menurut Setiausaha Sulit Tuanku Syed Faizuddin, Zaharin Haris, program kayuhan itu disertai seramai 120 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan agensi kerajaan wakil syarikat swasta dari negeri-negeri utara serta Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Katanya, kayuhan sejauh 18 kilometer itu bermula dari City Hall Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Padang Kota sehingga ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di samping mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang kayuhan.

“Di hentian GSD Cycling Park pula, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenaan menanam pokok Sea hibiscus iaitu sebagai simbolik pertama kali baginda mengadakan kayuhan merdeka di negeri ini,” katanya.

Kayuhan itu turut disertai Datuk Bandar MBPP, Datuk Ar. Yew Tung Seang.

Antara kayuhan sempena kemerdekaan baginda sebelum ini ialah di Padang Besar-Hat Yai (2014), Satun (2015), Songkhla (2017), Pakbara (2018) dan Chana (2019).

Sementara itu, menurut Zaharin, sempena kayuhan itu juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan delegasi turut melawat perkampungan Cina di Jeti Lee dan Pulau Jerejak untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar. – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE