Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak bangkit isu sensitif boleh timbul kegusaran – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Elak bangkit isu sensitif boleh timbul kegusaran – Raja Perlis

Elak bangkit isu sensitif boleh timbul kegusaran – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 01 September 2020 08:46

KANGAR: Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama adalah tunjang kemerdekaan negara yang perlu dijaga sebaik mungkin seterusnya mengelak membangkitkan sebarang isu sensitif serta fitnah yang boleh menimbulkan kegusaran.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam mengekalkan kemerdekaan, generasi masa kini sebagai pewaris diingatkan supaya tidak leka dalam mengekalkan kestabilan di negara ini.

“Meskipun negara serta dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19 namun sambutan Hari Kebangsaan perlu diraikan dan disambut sebagai memperingati pengorbanan generasi terdahulu dalam membina negara seterusnya mencapai kemerdekaan. 

“Tugas generasi sekarang adalah meneruskan legasi generasi terdahulu. Tanggungjawab masa kini yang dipikul tidak akan sama dengan dahulu, tetapi demi mengekalkan kemerdekaan ini, sebagai pewaris janganlah kita lalai dan leka serta mengambil mudah tanggungjawab ini,” titah baginda merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan 2020 peringkat negeri ini di Dewan Warisan di sini, malam tadi.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; barisan Exco kerajaan negeri ini dan ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, rakyat masih dapat menyambut sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana aman dan tenteram meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Titah baginda, keamanan yang dikecapi itu adalah hasil peranan penting anggota keselamatan termasuklah pasukan barisan hadapan yang berbakti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini.

“Mereka (anggota keselamatan) mempertaruhkan keselamatan sendiri demi kesejahteraan kita semua. Rakyat dari pelbagai lapisan juga turut memainkan peranan penting dalam situasi ini dengan membantu pihak kerajaan dengan menyumbangkan wang ringgit ke dalam tabung bencana Covid-19.

“Marilah kita merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota pasukan keselamatan dan juga frontliner (barisan hadapan) yang sentiasa bersiap sedia dan rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan keamanan, ketenteraman, keselamatan dan kedaulatan negara tercinta ini,” titah baginda.

Seterusnya baginda menasihatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain menyesuaikan diri dalam suasana norma baharu bagi membendung penularan Covid-19. – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE