Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis saran swasta turut promosi pelancongan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis saran swasta turut promosi pelancongan

Raja Muda Perlis saran swasta turut promosi pelancongan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 01 September 2020 08:40

Pihak swasta wajar memainkan peranan lebih aktif dan sentiasa berada di hadapan untuk sama-sama membantu memasarkan sektor pelancongan di negeri Perlis. Terdapat banyak inisiatif pakej pelancongan yang boleh dilaksanakan oleh pihak swasta bersesuaian dengan norma baharu dalam memperkasakan semula industri pelancongan di negeri ini.

Pada masa yang sama fokus kepada usaha penyenggaraan dan kerja-kerja naik taraf fasiliti pelancongan sedia ada atau membangunkan fasiliti baru hendaklah juga diberi perhatian okeh segenap pihak. Begitu juga usaha promosi perlu digiatkan.

Kerjasama erat di antara pihak Kerajaan dan pemain industri adalah penting dalam memberikan nafas segar untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri yang berpotensi tinggi ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melepaskan rombongan ‘Jelajah Merdeka Old Frees – FORTIS ATQUE FIDELIS – 2020’ di perkarangan Galeri DiRaja Arau, Perlis.

Hadir sama ialah Penyelaras Program, Ivan Ooi Jieun Vei.

Ivan memaklumkan bahawa seramai 5 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Penang Free yang sinonim dengan panggilan ‘Old Frees’ dari berbagai bangsa diketuai oleh Ravin Trapshah Ismail menyertai rombongan jelajah pada kali ini dari 27 hingga 31 Ogos 2020 bermula dari Kuala Lumpur dan seterusnya melalui kesemua negeri di Semenanjung Malaysia bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63. Antara “pit stop” yang dilalui mereka termasuklah pelepasan di SOGO Kuala Lumpur pada 27 Ogos, ‘Pit Stop 1’ di Sekolah Menengah Penang Free bagi memberikan penghormatan kepada Pengetua yang bersara dan seterusnya ‘Pit Stop 2’ di Arau, Perlis sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan.

Untuk rekod, tiga jenerasi pemerintahan Jamalullail negeri Perlis setakat ini adalah alumni sekolah Inggeris tertua di rantau Asia Tenggara ini iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra (1937-1939), Tuanku Syed Sirajuddin (1956-1959) dan Tuanku Syed Faizuddin Putra (1983).

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE