Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan – KSU n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan – KSU

Perlis sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan – KSU

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 24 Ogos 2020 09:13

Suasana negeri Perlis yang aman, tenang dan tidak sibuk sesuai dibangunkan sebagai hab pendidikan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja akan memberi kesan positif dari segi pendidikan malah juga dari aspek ekonomi negeri.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini, hari ini. Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam perkembangan lain, Yusran berkata projek pembinaan Sekolah Sukan Perlis di Padang Besar yang terbengkalai sejak lapan tahun lalu dijangka siap akhir tahun ini.

“Selepas lantikan kontrator baharu, kerja-kerja pembaikan dan pembinaan telah siap sebanyak 92 peratus walaupun tertangguh hampir tiga bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini,” katanya.

— BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE