Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hijrah ajar kepentingan sanggup berubah Raja Muda Perlis/ n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hijrah ajar kepentingan sanggup berubah Raja Muda Perlis/

Hijrah ajar kepentingan sanggup berubah Raja Muda Perlis/

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 24 Ogos 2020 08:26

Kangar, 20 Ogos 2020. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah momentum daripada peristiwa penghijrahan baginda Nabi Muhammad SAW akan dapat mempertingkatkan produktiviti ummah.

Hijrah mengajarkan kita akan kepentingan untuk sentiasa sanggup berubah ke arah melakukan yang terbaik di dalam kehidupan.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menerima sembah mengadap oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Dewan Kuliyyah MAIPs di Behor Temak Kangar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Mutalib.

Hadir sama ialah Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan MAIPs, Datuk Abdul Rauf Rashid dan Datuk Ir. Hj Wan Abdul Ghaffar Wan Ahmad.

Titah Tuanku Raja Muda lagi, sebagai contoh antara hikmah daripada penularan pandemik Covid-19 telah mengajarkan kita keperluan untuk sentiasa bersedia melakukan perubahan dalam kehidupan dengan mempraktikkan kelaziman baharu yang lebih baik, walaupun ianya agak sukar di peringkat permulaan.

"Dalam kehidupan kita, hijrah juga membawa kepada makna berubah daripada kemungkaran kepada ketakwaan, daripada kemunduran kepada kemajuan, dan juga daripada kemudharatan kepada yang lebih manfaat," jelas baginda lagi.

Ia juga boleh dikembangkan kepada dari sikap malas kepada rajin, kotor kepada bersih serta sambil lewa kepada bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu yang dipertanggungjawabkan dan sebagainya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut dipersembahkan taklimat mengenai perancangan Pelan Strategik MAIPs 2021 - 2025 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama, baginda menitahkan ucapan Selamat Menyambut Awal Muharram 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE