Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Potensi pelancongan Perlis cerah - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Potensi pelancongan Perlis cerah - Raja Muda Perlis

Potensi pelancongan Perlis cerah - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Ogos 2020 07:59

15 Ogos 2020. Kuala Perlis. Sektor pelancongan di negeri Perlis masih mempunyai masa depan yang cerah. Banyak produk-produk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi boleh dibangunkan sebagai tarikan. Malah, Kerajaan Negeri difahamkan sedang menyediakan pelan jangka panjang pelancongan negeri ini, iaitu Pelan Pembangunan Pelancongan Negeri Perlis (2021-2023).

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri satu majlis santapan malam bersama Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Datuk Zurinah Pawanteh di Kuala Perlis.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Asmaiza Ahmad dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Sumber Asli & Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Kesihatan, Teh Chai Aan serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young.

Sepanjang lawatan kerja beliau selama dua malam ke Perlis kali ini Zurinah turut sembah mengadap ke atas Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid di Istana Fauzana Kangar dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di pejabat beliau.

Zurinah juga turut meluangkan masa melawat sendiri bersama-sama para pegawai kanan beliau ke Bukit Keteri, Bukit Chabang, Santuari Ikan Air Tawar Empangan Timah Tasoh dan Gua Kelam di Kaki Bukit bagi melihat sendiri segala potensi yang ada di bawah kementerian beliau selain turut serta menyertai Tuanku Raja Muda dan anakanda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dalam program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis di sekitar kawasan Kg Abi dekat Kangar.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE