Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kibarkan Jalur Gemilang - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kibarkan Jalur Gemilang - Raja Muda Perlis

Kibarkan Jalur Gemilang - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 14 Ogos 2020 09:50

13 Ogos 2020. Padang Besar. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan seluruh rakyat agar mengibarkan 'Jalur Gemilang' dengan penuh semangat dan perasaan patriotik dan bukan 'ala kadar' atau 'asal ada'.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke ‘Pusat Santuari Ikan Air Tawar’ di persisir Empangan Timah Tasoh.

Kunjungan baginda adalah bersempena dengan program kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menantuni Asnaf kali ke 35 bagi tahun 2020’ sejauh 14km bermula dan berakhir di M Tasoh Lake anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs sepanjang laluan itu kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih.

Keberangkatan baginda yang diiringi oleh anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bagi pirtfolio Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Asmaiza Ahmad dan Pengarah Perikanan Negeri Perlis, Hj. Ismail Ibrahim.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menegaskan bahawa sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, walaupun dalam suasana norma baru, wajar disemarakkan dengan kibaran 'Jalur Gemilang' penuh semangat patriotik dan cintakan negara.

"Sekiranya tidak mampu untuk mengibarkan bendera baru dengan sempurna, maka tonjolkanlah semangat patriotik dengan sekurang-kurangnya sensitif melihat bendera yang tidak sempurna seperti koyak, lusuh, terbalik dan seumpamanya. Ambillah tindakan wajar dengan menurunkan atau menanggalkannya dengan cara yang bersesuaian serta-merta," tegas baginda.

Titah Baginda lagi, selain dikibarkan sempena memperingati Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, ianya juga wajar disemarakkan bersempena mengingati dua lagi sejarah penting negara iaitu 9 Julai 1963 yang menjadi detik permulaan pembentukan Malaysia apabila ‘Perjanjian Malaysia’ ditandatangani, dan disusuli perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Untuk rekod, ‘Perjanjian Malaysia’ dipersetujui Ratu British, Queen Elizabeth II, disusuli dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 26 Ogos 1963.

Bermula daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itulah diwujudkan Akta Malaysia yang kini sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

Di akhir program, baginda beserta semua yang hadir meluangkan masa meninjau fasiliti yang disediakan selepas baru sahaja dibuat pengubahsuaian di M Tasoh Lake Resort oleh Pengarah Urusannya Datin Habibah Ahmad serta Pengurus, Masdess Lim.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE