Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: MAIPs arah tutup 12 masjid di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: MAIPs arah tutup 12 masjid di Perlis

COVID-19: MAIPs arah tutup 12 masjid di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 07 Ogos 2020 11:48

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

"Dengan itu, solat Jumaat hari ini diganti dengan Solat Zohor di rumah masing-masing," titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini.

Baginda bertitah individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid yang ditutup di DUN Sanglang ialah Masjid Al-Rahman,Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok; Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria; Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Dato' Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padan.

Turut ditutup ialah tiga buah masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-'Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid yang tersenarai ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE