Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Asnaf Ceria Rumah Daif Dapat Perhatian MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Asnaf Ceria Rumah Daif Dapat Perhatian MAIPs

Asnaf Ceria Rumah Daif Dapat Perhatian MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 30 Julai 2020 12:47

Bagai bulan jatuh ke riba. Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan keterujaan golongan asnaf yang disantuni dalam program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi kali yang ke 32 pada tahun ini pada petang semalam.

Kegembiraan mereka tambah bermakna apabila diberi maklum kesediaan MAIPs untuk turut membaikpulih rumah mereka yang dalam keadaan daif.

Asmawati Shahidan, 41 dari Kampung Belukar Jalan Padang Melangit Beseri melahirkan rasa syukur apabila keluhan beliau mengenai keadaan rumah mendapat perhatian pihak MAIPs.

Bagi Asmawati, keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan rombongan kayuhan berbasikal baginda menambahkan keceriaan buat beliau dan anak berusia 11 tahun, apatahlagi menerima berita gembira itu di saat bakal menyambut Aidiladha.

Dalam program berkenaan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Badrulhisham Baharudin turut berkenan singgah di bengkel milik salah seorang usahawan asnaf OKU penglihatan, Roslan Bidin, 48 di Kg Beseri Dalam.

Roslan yang mengusahakan bengkel kraf rotan ‘Lan Seni Kraf’ turut mempunyai bakat menulis novel, bersajak dan berkebolehan bermain alat muzik seperti kompang, gendang, arkodian, kongga, keyboard serta menyanyi.

Dalam ucapannya, Roslan amat bersyukur kerana nasibnya sentiasa mendapat perhatian MAIPs dan juga pelbagai agensi kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat. Keberangkatan Tuanku Raja Muda Perlis buat kali kedua ke bengkelnya menambahkan semangat beliau untuk terus berkarya demi kelangsungan hidup.

“Tuanku Raja Muda amat prihatin kepada nasib rakyat, dan keberangkatan Baginda kali ini menambahkan keceriaan buat Lan Seni Kraf yang bakal menyambut ulangtahun ke 12 penubuhannya pada tahun ini,” jelas beliau ceria.

Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai keadaan semasa penularan wabak Covid-19 di negeri ini yang mana telah dilapurkan satu kes baru hasil saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Kangar pada hari semalam, Tuanku Raja Muda mengingatkan kepada seluruh rakyat walaupun berada dalam suasana sambutan Aidiladha supaya terus menerus menjauhi tempat-tempat yang terlalu sesak dan menghadkan masa keberadaan masing-masing dan juga ahli keluarga tersayang di ruang yang tertutup demi untuk kebaikan semua. 

~Sumber Suara Merdeka~



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE