Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Benarkan Solat Sunat Aidiladha Ikut SOP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Benarkan Solat Sunat Aidiladha Ikut SOP

Perlis Benarkan Solat Sunat Aidiladha Ikut SOP

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 30 Julai 2020 08:35

ARAU - Perlis membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan di masjid di negeri ini namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) bertitah hanya masjid kariah dan ruang lapang yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) boleh melakukan solat sunat itu.

“Beberapa masjid terpilih akan diberi kebenaran untuk mendirikan solat sunat Aidiladha lebih daripada satu sesi berdasarkan keperluan,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, jemaah perlu mematuhi SOP seperti mengamalkan penjarakan sosial, merekod kehadiran, tidak mempunyai gejala seperti demam, memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri dan berwuduk dari rumah.

Titah baginda lagi, waktu solat sunat Aidiladha diselaraskan pada jam 8 pagi dan pagar masjid mula dibuka pada jam 7 pagi manakala tempoh khutbah selama 15 minit.

“Oleh kerana Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat, jemaah yang menunaikan solat sunat Aidiladha mempunyai pilihan sama ada untuk menunaikan solat Jumaat di masjid atau solat Zohor di rumah masing-masing dan perkara ini adalah pendapat sebahagian fuqaha,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru kepada semua pihak agar sentiasa menghayati semangat pengorbanan yang terkandung dalam perayaan ini demi kebaikan pada masa hadapan.

~Sumber daripada Bernama~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE