Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Ajak Rakyat Sokongan Produk Buatan Malaysia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Ajak Rakyat Sokongan Produk Buatan Malaysia

Raja Muda Perlis Ajak Rakyat Sokongan Produk Buatan Malaysia

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 28 Julai 2020 11:22

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak rakyat  menyokong barangan tempatan dalam melonjakkan kembali permintaan domestik yang terkesan daripada penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia termasuk negara ini.

Titah baginda, Kempen Jualan Malaysia (KJM) 2020 dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dilancarkan di negeri ini bertujuan menggalakkan pengguna membeli barangan buatan tempatan.

“Usaha ini membantu sektor perniagaan menghadapi kesan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selain menjadikannya sebagai usaha berterusan mempromosikan barangan buatan Malaysia yang memiliki kualiti yang cukup baik,” titah baginda.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyempurnakan majlis pelancaran KJM 2020 dan KBBM peringkat negeri ini di ruang legar Pasar Raya Giant di sini hari ini.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan menghadiri program anjuran Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis itu.

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Pengarah KPDNHEP negeri, Norazah Jaapar.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berharap peniaga dan usahawan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat memperluaskan promosi barangan mereka di platform digital antaranya Shopee dan Lazada bagi menarik minat rakyat berbelanja.

“Saya berharap KBBM juga dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat terhadap perkhidmatan dan barangan buatan Malaysia. 

“Pada masa yang sama membantu para pengusaha tempatan terutamanya di Perlis memasarkan produk serta perkhidmatan mereka selain mengembalikan keyakinan para pengguna untuk keluar berbelanja, seterusnya meningkatkan perbelanjaan isi rumah,” titah baginda.

~Sumber daripada UTUSAN ONLINE~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE