Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penganjuran WCWC2020 Kekal Guna Nama Sama n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penganjuran WCWC2020 Kekal Guna Nama Sama

Penganjuran WCWC2020 Kekal Guna Nama Sama

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Julai 2020 15:56

KANGAR, 22 Julai - Penganjuran Kejohanan Woodball Piala Dunia Kesembilan 2020 (WCWC2020), akan mengguna pakai nama kejohanan yang sama, meskipun ia akan dilangsungkan pada tahun hadapan. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs), pada 6 Julai lepas.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan pada 18 Mac lepas, hampir semua kegiatan sukan terhenti seketika. Kini, ia telah dilonggarkan sedikit membolehkan beberapa sukan untuk beroperasi.

“Beta berharap sukan woodball akan kembali beroperasi secepat mungkin, untuk meneruskan momentum yang telah terhenti sejak PKP dikuatkuasakan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Penaung Diraja PWNPs, berkenan hadir dan melancarkan laman woodball di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad dekat sini, yang akan dinaik taraf bermula Ogos depan.

Ia merupakan laman woodball di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), yang merupakan satu-satunya di dunia yang boleh diguna pakai bagi kejohanan woodball pada sebelah malam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah menerusi penaiktarafan laman ini, Perlis bakal mempunyai sembilan laman woodball, termasuk dua yang sedang dibina di Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Sementara itu, Presiden PWNPs Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Kamarudin Hussin ketika ditemui Bernama berkata, kejohanan akan berlangsung pada 24 hingga 30 Julai 2021.

Beliau berkata, perancangan rapi persediaan ke arah kejohanan sedang giat dirancang dan dilaksanakan, bagi membolehkan kejohanan ini berjalan dengan lancar, meskipun ketika ini negara sedang berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19.

“Kita akan mengadakan pelbagai kejohanan di masa hadapan dalam usaha ke arah WCWC2020, kerana kira-kira 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan, bagi menyertai kejohanan ini,” katanya.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE