Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Diharap Terus Jadi Kiblat Ilmu Pengetahuan Agama – Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Diharap Terus Jadi Kiblat Ilmu Pengetahuan Agama – Raja Perlis

Perlis Diharap Terus Jadi Kiblat Ilmu Pengetahuan Agama – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 20 Julai 2020 09:24

Arau,17 Julai 2020 - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap negeri ini akan terus menjadi kiblat ilmu pengetahuan agama yang berteraskan hujah dan dalil serta bersifat progresif dan moderat.

Baginda bertitah pandangan, cadangan dan fatwa dari Perlis berhubung hal ehwal agama semakin mendapat tempat, bukan sahaja dalam kalangan rakyat Perlis tetapi di Malaysia secara keseluruhannya.

“Rakyat Perlis hendaklah celik agama dengan memahami apa yang diamalkan, bukan mengikut sesuatu tanpa memahami alasannya,” titah baginda pada Istiadat Pelancaran Sambutan Satu Kurun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena Dua Dekad Pemerintahan Raja Perlis dan Dua Dasawarsa Pemasyhuran Raja Muda Perlis di Istana Arau, Jumaat.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Tuanku Syed Sirajuddin turut bertitah Perlis merupakan antara negeri terawal yang menjadikan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan rasmi negeri, bahkan dalam Perlembagaan negeri, istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah ditegaskan sebanyak tujuh kali dalam fasal-fasal yang pelbagai.

“Perlis tidak mengikat diri dengan hanya satu mazhab, bahkan menerima kesemua mazhab fiqah yang berada dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan semua pandangan fiqah lain yang dinilai dan dipilih oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah, Syed Faizuddin Putra sebagai Yang Dipertua MAIPs telah membawa agensi itu melangkah jauh ke hadapan dan menjadi tanda aras kepada banyak pihak dalam pelbagai perkara.

~Sumber daripada Bernama~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE