Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lancar Latihan Untuk Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Lancar Latihan Untuk Asnaf

Raja Muda Perlis Lancar Latihan Untuk Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 16 Julai 2020 15:54

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis pelancaran program ‘Latihan Pembangunan Usahawan (LPU)’ kepada golongan asnaf negeri Perlis yang diadakan di Hotel MyAngkasa Akademi & Resort, Jalan Chandek Kura Mukim Kedawang, Langkawi pada malam semalam.

Program yang dianjurkan selama 10 hari bermula dari 13 hingga 22 Julai 2020 tersebut melibatkan seramai 20 orang peserta dari kalangan warga asnaf negeri Perlis yang dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).

Program tersebut dianjurkan bagi mentransformasi Asnaf untuk mengubah perjalanan perniagaan yang lebih tersusun dan terancangmelibatkan 3 Modul Program iaitu ‘Latihan Motivasi Pencapaian’, ‘Latihan Pengurusan Perniagaan’ dan ‘Pengurusan Pentadbiran’ yang merangkumi aspek pemasaran, akaun dan penyediaan rancangan perniagaan.

Turut mengiring ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Datuk Hj Zulfikri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Untuk rekod, dari tahun 2016-2019, pihak MARA telah melaksanakan sebanyak 3,383 program latihan usahawan secara berstruktur yang berjaya mengeluarkan 190,249 usahawan lepasan MARA di seluruh negara.

Program Pembangunan Usahawan ini amat berkesan bagi membantu mencapai visi dan objektif kerajaan untuk membangunkan usahawan Bumiputra Islam yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing yang akhirnya menjurus ke arah pewujudan dan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera Islam. 

~Sumber Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE