Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PKPP: Pantau Persediaan Anak-anak Kembali Ke Sekolah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PKPP: Pantau Persediaan Anak-anak Kembali Ke Sekolah – Raja Muda Perlis

PKPP: Pantau Persediaan Anak-anak Kembali Ke Sekolah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Julai 2020 10:02


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan ibu bapa agar memantau persediaan anak-anak untuk kembali semula bersekolah setelah 4 bulan tidak dapat berbuat demikian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 15hb Julai dan juga minggu hadapan 22hb Julai 2020.

Menurut baginda, persiapan awal uniform, buku-buku dan alat tulis ini amat penting memandangkan tempohnya yang lebih lama berbanding kebiasaan cuti penggal persekolahan yang pernah dialami oleh anak-anak. Janganlah menunggu malam sebelum sekolah bermula untuk membuat persiapan.

Pada masa yang sama, segala SOP yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri serta pihak sekolah masing-masing hendaklah sentiasa dipatuhi tanpa kompromi demi untuk memastikan keselamatan semua.

Baginda bertitah demikian, selepas berkenan berangkat menyertai program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 28 bagi tahun 2020 sejauh 8km yang bermula dan berakhir di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kampong Serdang, Simpang Empat.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sebanyak empat keluarga asnaf terpilih disampaikan sumbangan berupa wang tunai, keperluan makanan, beras dan hamper sepanjang kayuhan pada kali ini.

Di kesempatan yang sama, baginda turut berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran program Khidmat Sosial Korporat (CSR) berupa kerja-kerja pembaikan kalis lembapan (waterproofing) oleh Syarikat Sinar Barakah Enterprise yang diadakan di Masjid Nurul Yakin, Kg Chantek Bangun, Simpang Empat. Ini merupakan masjid yang keempat Sinar Barakah Enterprise yang beribupejabat di Kepong, Selangor dan mempunyai cawangan di Taman Hijrah, Kangar baiki di sekitar negeri Perlis.

Hadir menyerahkan sumbangan dan menyampaikan taklimat ialah Pengurus Besar syarikat berkenaan, Muhammad Faizal Ayub.

~Sumber Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE