Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terus Amalkan Kebiasaan Baharu – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Terus Amalkan Kebiasaan Baharu – Raja Muda Perlis

Terus Amalkan Kebiasaan Baharu – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 Julai 2020 12:23

Kangar, 4 Julai 2020 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar semua agensi di bawah dan juga bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjadikan tempoh separuh ke dua tahun ini sebagai satu bentuk ‘cabaran baharu’ yang betul-betul menguji kekuatan, perpaduan, kerjasama, kebijaksanaan serta kreativiti kita dalam terus berbakti kepada negeri, negara, bangsa dan agama. Oleh itu, ‘kebiasaan baharu’ harus terus dipraktik dan dilaksanakan sebaiknya bagi kelangsungan kemajuan Islam khususnya di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap semoga MAIPs akan terus ke hadapan, bersemangat serta memperkasakan lagi jaringan kerjasama strategiknya dengan agensi-agensi di dalam dan di luar negara bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dan menjayakan segala bentuk program dan perancangan demi kebaikan Ummah di negeri dan di rantau ini.

Demikian titah baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 10 bagi tahun 2020’ di Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau petang semalam.

Hadir menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda menyeru agar, ‘Marilah kita sama-sama bertekad dan berazam di dalam suasana pandemik Covid-19 yang bukan sahaja melanda negara malah dunia ini, akan menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dan berusaha sedaya upaya agar MAIPs berjaya menyampaikan perkhidmatannya kepada golongan sasar serta terus menjadi agensi agama terbaik yang disegani serta sentiasa menerapkan ciri-ciri cemerlang seperti cekap, progresif, responsif dan memenuhi kehendak semua pemegang taruh walau dalam apa keadaan sekali pun termasuklah semasa penularan wabak ini’.

Terdahulu diadakan ialah ‘Ceramah Hijrah Minda’ yang disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. Turut dilaksanakan ialah penyerahan sumbangan agihan zakat kepada seramai 10 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan. 

~Sumber Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE