Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis ingatkan kewajipan menunaikan solat Jumaat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis ingatkan kewajipan menunaikan solat Jumaat

Raja Muda Perlis ingatkan kewajipan menunaikan solat Jumaat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 03 Julai 2020 16:10

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mengingatkan umat Islam di negeri Perlis berkaitan kewajipan untuk menunaikan Solat Jumaat bermula jumaat ini ekoran pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) menunaikan Solat Jumaat yang telah dikeluarkan oleh baginda pada 25 Jun lalu.

Peringatan ini dikeluarkan hasil keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan ke 2 bagi tahun 2020 yang dipengerusikan baginda selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Kampus Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Kuala Perlis semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut keputusan berkenaan, umat Islam yang terdiri daripada golongan lelaki berusia 18 tahun dan ke atas di seluruh negeri Perlis adalah wajib menunaikan Solat Jumaat ekoran pembukaan secara meluas masjid-masjid di seluruh negeri ini bermula 27 Jun lalu.

Keputusan itu sekaligus menghentikan pengecualian menggantikan Solat Jumaat dengan solat Zuhur di rumah yang telah diumumkan sejak 13 Mac lalu ekoran penularan pandemik Covid-19.

Dalam hubungan itu, Mufti Negeri Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin melalui hantaran di media sosial beliau berkata, individu lelaki Muslim di Perlis yang berusia 18 tahun dan ke atas yang tidak mempunyai sebarang keuzuran dan tiada halangan dalam SOP yang ditetapkan adalah wajib ke atasnya untuk hadir solat Jumaat.

Untuk rekod, Perlis adalah negeri pertama yang membatalkan solat Jumaat pada 13 Mac lalu dan juga merupakan negeri terawal yang membuka kembali secara maksimum kepada masyarakat bagi menunaikan solat jumaat.

Solat Jumaat di Perlis pada 3 Julai 2020 ini bakal melibatkan semua umat Islam lelaki yang berusia 18 tahun ke atas untuk hadir dengan syarat minima penjarakan sosial 1 meter dan diwajibkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda mengalu-alukan penyertaan dua Ahli baharu yang menganggotai Majlis iaitu Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Mohd Radhi Abas sebagai Ahli Majlis dan
Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Ibrahim Deris sebagai Ahli Ex-Officio yang diharap dapat mengangkat lagi kecemerlangan MAIPs demi kebaikan umat.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE