Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PKPP : Sekolah Agama Perlis Patuh SOP KPM

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
PKPP : Sekolah Agama Perlis Patuh SOP KPM

PKPP : Sekolah Agama Perlis Patuh SOP KPM

/ Berita Terkini MAIPs / Monday, 29 June 2020 11:47

Sekolah-sekolah Agama di Perlis yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diarah untuk mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh Kerajaan.

Dalam usaha itu, Jabatan Hal EhwalAgama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dalam memastikan keselamatan pelajar dan warga sekolah sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Demikian ditaklimatkan oleh Pengarah JAIPs, Dr Hj Hazman Hassan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena keberangkatan baginda meninjau ke Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) di Tunjong, Beseri petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Mudir MATRI, Hj Abdul Hadi Osman.

Terdahulu daripada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menunaikan Solat Jumaat selain menyaksikan penyerahan Surat Kebenaran Aktiviti Surau oleh JAIPs kepada pihak MATRI.

Baginda turut meluangkan masa melawat makmal sains dan mendengar taklimat SOP keselamatan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum MATRI, Khairul Azhar Bashiron.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda mengingatkan agar seluruh rakyat Perlis jangan leka, sentiasa bersiap siaga dan terus mematuhi PKPP dan bekerjasama, lebih bertanggungjawab dan berdoa agar wabak COVID-19 ini berjaya ditangani dengan segera.

Untuk rekod, kini 95 peratus pelajar tingkatan lima dan enam sudahpun melapurkan diri sejak sekolah berkenaan mula beroperasi kembali tiga hari yang lalu.

~Sumber SM~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE