Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Laksana SOP Solat Lima Waktu Lebih Longgar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Laksana SOP Solat Lima Waktu Lebih Longgar

Perlis Laksana SOP Solat Lima Waktu Lebih Longgar

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 29 Jun 2020 11:27

Kangar, 26 Jun 2020 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini mengumumkan bahawa menjunjung titah perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah mengambil kira keadaan dan suasana terkini fasa pemulihan penularan pandemik Covid-19 serta pengekalan 79 hari tanpa penambahan kes positif baharu sejak 7 April 2020 lalu di negeri Perlis, serta ketibaan Aidiladha yang bakal menjelma maka Baginda telah memperkenankan Prosedur Operasi Standard (SOP) menunaikan Solat Jumaat dan solat berjemaah 5 waktu seperti yang terkandung dalam Titah Perutusan [MAIPs.100 – 6 Jld 7( 85 )] pada 10 Jun 2020 lalu dan [MAIPs.100 – 6 Jld 7( 86 )] pada 18 Jun 2020 lalu dengan kelonggaran perkara-perkara berikut:

1- Ruangan solat di masjid dibuka sepenuhnya termasuk di perkarangan masjid jika ruangan masjid tidak mencukupi dengan pelaksanaan SOP penjarakan sosial yang dilonggarkan kepada jarak 1 meter. Pendaftaran penjejakan sosial akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid di pintu pagar utama masjid.

2- Jawatankuasa Kariah Masjid hendaklah memastikan terdapat ruangan solat di kawasan luar masjid sekiranya ruangan sedia ada tidak mencukupi.

3- Kuliah Maghrib dan Subuh dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dengan pengekalan SOP keselamatan seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan selain melaksanakan penjarakan sosial. Pelaksanaan kuliah berkenaan oleh Guru Takmir dan Guru Majlis akan diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

4- Setelah dikaji dengan teliti dan cermat, pelaksanaan ibadat di surau-surau seluruh negeri Perlis belum terdesak untuk dibenarkan memandangkan terdapat keperluan untuk mematuhi beberapa SOP keselamatan. Namun begitu, masyarakat digalakkan melaksanakan ibadat di masjid-masjid seluruh Negeri Perlis. Kebenaran pada masa akan datang akan dipertimbangkan dengan mendapat kelulusan Majlis.

5- Melihat kepada pembukaan sekolah yang telah diumumkan oleh Kerajaan, maka diberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk membuka surau dalam premis sekolah tanpa melibatkan pihak luar dengan tanggungjawab dan pemantauan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

6- Ibadah Korban adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP khas yang bakal ditetapkan.

7- Solat Aidiladha dibenarkan untuk dilaksanakan dan tertakluk kepada peraturan yang akan ditetapkan.

8- Pemakaian kelonggaran ini adalah bermula Sabtu, 27 Jun 2020 sehingga arahan baru dikeluarkan oleh MAIPs mengikut Perutusan yang berikutnya.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, sesungguhnya, perintah untuk meninggikan syariat dan syiar Islam merupakan tanggungjawab tertinggi umat Islam yang melebihi dari segala sesuatu. Justeru kelonggaran SOP yang diperkenankan ini, diharap akan disambut baik oleh seluruh rakyat dengan penuh syukur dan taat. Semoga segala usaha dan ikhtiar kita diperkenankan oleh Allah SWT. 

~Sumber daripada Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE