Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak gaya hidup negatif – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Elak gaya hidup negatif – Raja Muda Perlis

Elak gaya hidup negatif – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Jun 2020 09:30

Elakkan gaya hidup yang boleh membawa padah dan sengsara kepada diri sendiri.

Antaranya ialah ‘Jangan Mula Merokok’ dan bagi perokok pula, dinasihatkan agar berhenti kerana sesungguhnya ‘Rokok Membunuh’.

Asap rokok mengandungi 4,000 jenis bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 adalah penyebab kanser.

Apabila rokok dihisap, keracunan bahan kimia menyerap ke dalam tisu dan organ badan yang mengakibatkan kanser mulut dan tekak.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah mengadakan lawatan ke syarikat pengusaha ‘ZR Belacan’ yang juga nama singkatan kepada Zainab Ramli yang diusahakan oleh Ramli Samah sejak 20 tahun yang lalu bersama ahli keluarga beliau di Jalan Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis baru-baru ini.

Baginda turut mencadangkan supaya dijenamakan semua produk belacan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat di negeri ini sebagai ‘Belacan Perlis’ supaya dapat menjadi satu lagi produk baru unik yang boleh memiliki identiti sendiri dan dibanggakan rakyat. Juga, ialah boleh me jadi sebagai buah tangan serta ole-ole pengunjung yang bertandang ke negeri ini untuk dibawa pulang.

 

 

Ramli sebelum ini telah menerima ‘Bantuan Pembinaan Bangunan Rumah Haba’ dari pihak LKIM bagi memudahkan proses jemuran udang. Ia ternyata membantu bagi memudahkan proses penghasilan belacan tanpa perlu risau mengenai cuaca dan lain-lain lagi. Produk ZR Belacan ini turut dipasarkan di pasar-pasar seluruh Malaysia melalui wakil-wakil dan pemborong yang bekerjasama dengan Ramli.

Hadir sama mengiringi baginda bersempena ‘Kayuhan DiRaja’ anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang disekalikan dengan program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke 24 bagi tahun 2020’ ialah Ketua Pengarah LKIM, Raja Kahalid Raja Ariffin, Pengarah LKIM Perlis, Dr. Haji Abdul Salim Haji Tajudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra menasihatkan rakyat negeri Perlis agar bersama-sama mempertingkatkan usaha untuk membasmi najis dadah secara habis-habisan bagi memastikan negeri ini bebas daripada penyalahgunaan yang memudaratkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara tersebut.

 

 

‘Semua pihak termasuklah Agensi Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dan NGO serta kepimpinan masyarakat setempat serta keseluruhan rakyat diseru supaya melipatgandakan kerjasama dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan agensi-agensi yang berkaitan untuk merealisasikan harapan tersebut’, tegas Tuanku Raja Muda. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE