Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Olah latihan penuh kreatif, tarik anggota baharu sertai Askar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Olah latihan penuh kreatif, tarik anggota baharu sertai Askar

Olah latihan penuh kreatif, tarik anggota baharu sertai Askar

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Jun 2020 09:27

Segenap sesi latihan hendaklah dirancang, diolah dan dilaksanakan dengan penuh kreatif dan menarik bagi memastikan para pegawai dan anggota sukarela yang mengambil bahagian sendiri akan menjadi ”Agen” promosi kepada mereka yang lain di luar sana untuk menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan pihak rejimen untuk merancang dengan sebaik mungkin penglibatan para pegawai dan anggota sukarela untuk terlibat sama dalam siri-siri latihan bersama pihak Briged setempat serta latihan ‘Bilateral’ atau ‘Multilateral’ bagi terus meningkatkan lagi minat, pengetahuan dan pengalaman setiap anggota pasukan supaya mahu terus bergiat aktif setiapkali apabila dipanggil.

Pada masa yang sama, barisan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri dipohon agar dapat terus membantu rejimen dalam aspek pembangunan infrastruktur latihan serta memperkasakan fasalitas latihan Askar Wataniah khususnya berkaitan dengan pentadbiran, latihan dan logistik di rejimen.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan betangkat menghadiri ‘Majlis Penghargaan Pelancaran Latihan Rejimen 504 Askar Wataniah Tahun 2020’ yang diadakan di Kelab Perwira, Kem Bukit Keteri, Beseri, Perlis pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander rejimen, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pihak swasta.

Sementara itu, Mohamad Zaidi dalam ucapan beliau mengalu-alukan penyertaan muda-mudi anak jati negeri Perlis untuk beramai-ramai tampil kehadapan bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Bagi yang berminat bolehlah datang ke Pejabat Latih Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri pada hari isnin hingga khamis dari jam 8 hingga 11 pagi (sesi 1) 2 sampai 4 petang (sesi 2)

Setiap pemohon hendaklah memiliki syarat kelayakan seperti; Warga negara Malaysia, Terbuka kepada lelaki dan wanita, Berumur 18 hingga 45 tahun, Sihat Tubuh Badan, Lulus Tapisan Keselamatan DKM dan
Kelulusan minima PMR atau PT3.

Tambah beliau, antara dokumen yang perlu dibawa bersama adalah 3 Salinan kad pengenalan, 3 Salinan surat beranak, 3 Salinan sijil tertinggi akademik, 3 Salinan sijil berhenti sekolah, 3 Salinan kad pengenalan Ibu Bapa, Penjaga dan Pasangan, 3 salinan Sijil Nikah dan Sijil Kelahiran anak -anak (jika berkahwin), dan3 Keping gambar berukuran passport latar belakang biru, berkolar, sopan dan tanpa kaca mata. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE