Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TAHUN 1435 HIJRAH / 2014 MASEHI : RM6.50 ADALAH KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

TAHUN 1435 HIJRAH / 2014 MASEHI : RM6.50 ADALAH KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS

/ Archive MAIPs / Selasa, 22 April 2014 00:27

KANGAR - Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini ditetapkan RM6.50 seorang berbanding RM6 pada tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Abdul Malik Hussin.

Beliau berkata, kenaikan itu berikutan kenaikan harga beras di samping MAIPs yakin umat Islam semakin berkemampuan untuk membuat bayaran itu.

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat mulai 1 Ramadan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri nanti, katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau mengingatkan orang ramai supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik oleh ulul amri atau pemerintah sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam.

Abdul Malik berkata, MAIPs telah melantik sebanyak 103 amil di semua kariah di seluruh negeri selain amil yang ditempatkan di agensi dan jabatan kerajaan.Beliau menjangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM850,000 dan menurutnya wang zakat fitrah dan zakat lain akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk kira-kira 7,000 asnaf di seluruh Perlis.

Sumber daripada - Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE