Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Tambah Jemaah Solat Jumaat, Fardu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Tambah Jemaah Solat Jumaat, Fardu

Perlis Tambah Jemaah Solat Jumaat, Fardu

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 02 Jun 2020 09:04

ARAU, 1 Jun 2020 -  Bermula Jumaat ini, kerajaan Perlis membenarkan tambahan jemaah solat Jumaat dan fardu di semua masjid di negeri itu.

Bagi solat Jumaat, jumlah jemaah dibenarkan ialah 30 manakala silat fardu yang sebelum ini dihadkan kepada imam, bilal dan siak masjid, ditambah kepada 12 orang. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, jumlah itu mungkin ditambah dari semasa ke semasa selepas menerima nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan-Nya, maka bumi Perlis yang dikasihi masih kekal zon hijau (COVID-19) dengan jumlah kes tidak melebihi 20 dan kes terakhir yang dimasukkan ke wad adalah pada 7 April yang lalu," titahnya.

Baginda bertitah perkata itu diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail atas dasar keprihatinan terhadap soal pelaksanaan syiar dan syariat berserta dengan maqasid agama dalam menjaga nyawa dan kesihatan.

"Selain jumlah yang ditetapkan, kebenaran tambahan turut diberikan kepada dua pegawai polis maksimum bagi turut serta berjemaah sekiranya keadaan terkawal," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Arau hari ini.

Baginda bertitah, bagi menentukan jemaah yang terpilih menunaikan solat di masjid, Jawatankuasa Kariah Masjid diberikan kebenaran untuk melaksanakan mekanisma pemilihan jemaah dengan mengambil kira faktor tertentu.

"Jemaah yang tidak terpilih perlu akur kepada pemilihan yang dilaksanakan menurut kaedah yang diputuskan.

"Tempoh had masa maksimum bagi pelaksanaan solat Jumaat adalah 15 minit manakala solat fardu adalah selama 10 minit sahaja," titah baginda.

Pelaksanaannya juga mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19 yang ditetapkan sebelum ini khususnya dari segi pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair sanitasi tangan, penjarakan sosial serta had umur tertentu.

"Had umur yang dibenarkan adalah terhad bagi umur 18 hingga 59 tahun selain mestilah berwuduk terlebih dahulu di rumah dan tidak melakukan kontak fizikal atau bergejala penyakit tertentu.

"Pelanggaran pada mana-mana peraturan yang telah dinyatakan boleh menyebabkan kebenaran dan kelonggaran ini ditarik semula demi kepentingan bersama," titah baginda.

Sebelum ini, Perlis membenarkan pelaksanaan solat Jumaat pada 15 Mei dengan pelaksanaannya adalah terhad untuk 12 orang sahaja dan keutamaannya kepada Jawatankuasa Masjid berkenaan.

~Sumber Berita Harian~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE