Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq my contact my feedback my sitemap my
faq my contact my feedback my sitemap my

 

 

This image for Image Layouts addon

Masjid Alwi

Masjid Alwi Kangar adalah salah satu daripada mercu tanda syiar Islam di Negeri Perlis. Masjid Alwi Kangar telah dibina pada tahun 1931 dengan perbelanjaan sebanyak RM 64,684.00.

Masjid Alwi Kangar adalah salah satu daripada mercu tanda syiar Islam di Negeri Perlis. Masjid Alwi Kangar telah dibina pada tahun 1931 dengan perbelanjaan sebanyak RM 64, 684. 00.

 

Dana bagi perbelanjaan ini diperoleh melalui kutipan wang Zakat dan Fitrah, derma dari pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan saudagar-saudagar Islam serta peruntukkan dari Kerajaan Negeri Perlis.

 

Usaha-usaha mengumpulkan dana bagi membangunkan sebuah masjid di Kangar telah dijalankan semenjak tahun 1920an lagi, dan pembinaanya telah dimulakan semenjak perkhidmatan Mr. M. C Hay dahulu. Namun semasa perkhidmatan Mr. O. E Venables barulah masjid tersebut siap dibina iaitu pada Febuari 1933.

 

Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh Almarhum Tuanku Syed Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Safi Jamalilail pada 14 Syawal 1351 Hijrah bersamaan 10 Febuari 1933.

 

Masjid yang begitu indah ini telah dinamakan sebagai “Masjid Alwi” iaitu sempena nama Raja Negeri Perlis ketika itu iaitu Almarhum Tuanku Syed Alwi Jamalullail.

 

Masjid Alwi juga telah didaftarkan sebagai Warisan di bawah akta warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan diluluskan oleh Dato’ Profesor Emeritus Zuraina Majid (Pesuruhaya Warisan 2008) dari Jabatan Warisan Negara di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia.

 

Sehingga kini, Masjid Alwi masih digunakan dan menjadi antara masjid utama di Negeri Perlis. Pelbagai program pengimarahan dan kemasyarakat seperti Kuliah Mingguan Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Program Perkampungan Sunnah dan lain-lain dilaksanakan dengan sebaiknya.

Please publish modules in offcanvas position.