MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
ARAU 10 Sept. - Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyertai program ‘ Sports, Psychology & Entrepreneur Evolution Day: Speed@Community College (Autism Fun Run) 2019’ bersempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke 76 sejauh 5km yang bermula dan berakhir di pekarangan Kolej Komuniti Arau, Tambun Tulang, Arau.
Keberangkatan tiba baginda ke program yang disekalikan dengan pelancaran ‘Wall of Art Therapy Kolej Komuniti Arau’ yang telah dihasilkan oleh pelajar Art Therapy Learning Disability itu disambut oleh Pengarahnya, Norasmah Saad.
Berangkat sama mengambil bahagian ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Sempena program berkenaan, Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan melawat Program Keusahawanan Komuniti - Transformasi Usahawan Hot Cake@KKAP 2019, melancarkan produk inkubator keusahawanan KKAP : Grandos Pes Laksa Utara serta menyaksikan penyerahan mock cek dan baju kelab MyAgrosis kepada pelajar Kolej Komuniti Arau daripada FAMA Negeri Perlis.
Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berjumlah RM2,000 oleh Pengarah Kolej Komuniti Arau dan juga melawat ‘Free and Easy Karnival Keusahawanan KKAP’ di akhir program.
~UTUSAN ONLINE~