Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Berdebat bukan untuk bergaduh - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Berdebat bukan untuk bergaduh - Raja Muda Perlis

Berdebat bukan untuk bergaduh - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 10 September 2019 09:20

KANGAR 10 Sept. - Seseorang pelajar universiti hendaklah memiliki minda yang tajam dan pantas dalam berfikir, lidah juga harus lancar melontar idea berfaedah, diri harus banyak bersabar dan hati harus kental menerima cabaran.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semua kualiti itu terdapat dalam aktiviti debat tetapi acapkali apabila disebut berdebat atau diajak berdebat akan menimbulkan persepsi yang ‘kurang’ menyenangkan.

"Bagi sesetengah orang, berdebat itu harus bergaduh, berdebat itu harus bersengketa dan berdebat itu bertengkar, tetapi itu semua adalah satu sentimen yang tidak benar. Harus diingat bahawa berdebat tidak semestinya satu kumpulan menang dan satu lagi akan kalah.

"Boleh jadi, kedua-dua akan menang atau kedua-dua akan kalah. Tetapi apa yang penting, input yang diperolehi daripada orang yang tidak bersetuju atau pihak lawan adalah lebih banyak dan berkualiti berbanding dengan mereka yang berpihak kepada kita," titah baginda.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan ‘Pertandingan Debat DiRaja Antara Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia, Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus alamnya di Pauh Putra pada Ahad malam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis, Prof Dr R Badlishah Ahmad serta timbalan-timbalan beliau.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin.

Pada kesempatan tersebut, baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP menyarankan agar setiap universiti di Malaysia memulakan kajian bagi mencari mekanisma terbaik untuk memasukkan aura debat dalam diri pelajar sekaligus melahirkan seramai mungkin pendebat terbaik di kalangan para pelajar.

‘Kejayaan ini insyaAllah akan menjadikan semua peringkat seperti sistem kekeluargaan, sektor pendidikan, pekerjaan dan negara lebih berdaya saing dan maju dengan adanya percambahan idea-idea baharu di kalangan generasi muda yang tajam akal minda serta berfikiran kritis. Mudah-mudahan usaha murni daripada semua ini akan mendapat keberkatan daripada Allah dan menyerlahkan lagi nama Malaysia’.

Dalam pertandingan pada tahun ini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara dalam kedua-dua kategori pertandingan akhir iaitu Bahasa Malaysia mengalahkan UniKL dan Bahasa Inggeris menewaskan Universiti Malaya.

 

~UTUSAN~

debat-1

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE