Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tingkatkan kualiti, kesejahteraan hidup warga emas - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tingkatkan kualiti, kesejahteraan hidup warga emas - Raja Muda Perlis

Tingkatkan kualiti, kesejahteraan hidup warga emas - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 22 Ogos 2019 08:20

PULAU PINANG 22 Ogos - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat berharap agar dapat ditingkatkan lagi kefahaman, kesedaran serta mewujudkan warga emas yang lebih berdikari, bersemangat, berlapang dada, disegani serta dihormati oleh masyarakat dan generasi muda hari ini dengan mengoptimumkan potensi diri mereka melalui proses penuaan yang sihat, positif, aktif, produktif di samping meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

tua2

 

Baginda juga berharap dapat membudayakan amalan masyarakat penyayang, perihatin, sikap saling bantu membantu, sukarelawan serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan seluruh lapisan rakyat di negara ini tanpa mengira latarbelakang, bangsa mahupun agama.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua Silver Jubilee Home For The Aged di Jalan Sungai Dua Bayan Lepas Pulau Pinang bersempena ‘World Senior Citizen Day 2019’ yang jatuh pada hari ini petang tadi.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Penasihat rumah amal berkenaan, Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Shaballah Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Kean Kee serta Exco Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar, Phee Poon Poh.

Program kunjungan ke rumah amal ini adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang.

Baginda yang juga merangkap Pengerusi YTSP Perlis turut menambah bahawa warga emas merupakan mereka yang penuh dengan pengalaman dan mempunyai kepakaran serta kemahiran yang tidak ternilai harganya.

"Selaku golongan yang lebih awal melalui ‘asam garam kehidupan’, mereka telah banyak berjasa serta memberikan sumbangan, nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar kepada kita semua selama ini, malah ada juga yang masih secara terus menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara," titah baginda.

Pada masa yang sama juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berharap kesedaran mengenai penuaan juga perlulah diterapkan daripada peringkat awal lagi di dalam masyarakat kita sebagai persediaan bagi menghadapi usia tua terutamanya dari segi emosi, kewangan, persekitaran dan persediaan minda.

Untuk rekod, rumah tersebut telah mula beroperasi sejak 1935 lagi iaitu 84 tahun yang lalu dan kini didiami oleh 157 orang penghuni lelaki dan wanita berusia di antara 60 dan 93 tahun.

 

-UTUSAN-

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE