Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Penyiaran Negeri Perlis, Ahmad Zaki Mustafa.

Turut hadir bagi mempersembahkan taklimat dan juga mengiringi baginda melawat kemudahan yang disediakan ialah Jurutera Awam Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Ahmad Shahir Sahar.

Projek ini terletak di atas sebahagian tanah seluas 10.12 ekar dan keluasan tanah yang digunakan melibatkan 5.27 ekar yakni 52.0 peratus daripada kesuluruhan tapak.

Projek Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebagai Kementerian Pelanggan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Negeri Perlis sebagai Jabatan Pelanggan ini telah dimulakan pada 4 Januari 2018 (Tarikh Milik Tapak).

Penyerahan bangunan akan dapat dilaksanakan pada bulan hadapan manakala pengoperasian sepenuhnya di lokasi baru ini dijangka bermula pada selewat-lewatnya pertengahan tahun 2020 yang akan datang nanti selepas selesai mengisi peralatan-peralatan canggih baru dan juga pemindahan aset sedia ada dari pejabat RTM Perlis di Bangunan KWSP Kangar sekarang.

-UTUSAN-