Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melepaskan para peserta terdiri daripada dua kategori iaitu 28 dan 88 kilometer.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Presiden Kelab Rotary Perlis, Tajul Haslam Tajudin.

Turut hadir ialah District Governor Kelab Rotary, Lioh Cheng Lim.

Turut diadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya penjagaan kesihatan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) serta pemeriksaan kesihatan dan pergigian oleh Jabatan Kesihatan Perlis.

Lebih 500 orang peserta turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sampingan termasuklah zumba dan mewarna. - UTUSAN ONLINE