Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 18 Ogos 2019 08:20

KANGAR, 18 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail malam tadi berkenan berangkat menyampaikan sumbangan berjumlah RM11,800 kepada 78 anak yatim dan asnaf di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahrin Akashah Khalil yang berkenan menyampaikan sumbangan kepada para penerima wanita.

Sumbangan itu dibuat sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha anjuran masjid berkenaan kepada anak-anak kariah masjid.

Para penerima terbabit terdiri dari 20 orang anak yatim masing-masing menerima RM300 sementara 58 asnaf masing-masing menerima RM100 wang sumbangan orang ramai dalam tabung khas yang disediakan.

Tuanku Raja Muda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) turut berkenan menyampaikan hamper kepada sepuluh guru agama yang mengendalikan kelas-kelas mingguan di masjid itu.

Turut hadir pada majlis di perkarangan masjid itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan yang juga pengerusi MTSPJ.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE