Demikian titah baginda selepas berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis pagi tadi.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah juga mendoakan agar semua jemaah haji Malaysia khususnya yang berasal dari negeri Perlis akan dapat menunaikan ibadah dengan selamat dan sempurna serta sentiasa dipelihara oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala hingga selamat pulang ke tanah air dengan haji yang ‘mabrur’, Insya-Allah.