MAIPs juga mengagihkan bantuan-bantuan berkala di bawah peruntukan fi sabilillah untuk program-program kecemerlangan akademik kepada sekolah-sekolah di seluruh Perlis yang merupakan antara bantuan MAIPs yang memberikan impak positif kepada pendidikan di negeri itu.

Selain datipada itu, MAIPs turut bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam meluaskan manfaat kepada masyarakat dalam memberikan tusyen percuma di beberapa buah masjid di Negeri Perlis.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM1,000 kepada Masjid Islam Toplumu Kulliye Zurich, Switzerland yang diterima oleh Tuan Imamnya, Halid Barut petang semalam.

Turut berangkat ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir mengiringi baginda ialah Pengarah Urusan Empayar Paradigma, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman dan Pengarahnya, Datuk Zull Aznam Haron.

Untuk rekod, MAIPs turut menyumbangkan sekitar 2,750 buah rumah di bawah ‘Skim Bantuan Kediaman MAIPs Peduli’ di seluruh Negeri Perlis yang disumbangkan kepada warga asnaf sejak tahun 2013 sehingga 2018 selain turut membantu membina bengkel-bengkel usahawan asnaf di bawah Skim Bantuan Program Peningkatan Ekonomi Asnaf.