Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan Al-Quran Rujukan Kehidupan - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Jadikan Al-Quran Rujukan Kehidupan - Raja Perlis

/ Archive MAIPs / Jumaat, 02 Mac 2018 15:28

 

KANGAR, 2 Mac 2018 ( Jumaat) - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru umat Islam supaya menjadikan al-Quran yang dibawa Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW sebagai kitab teragung yang menjadi rujukan dalam menjalani kehidupan masing-masing.

Titah baginda, kitab itu mengandungi panduan untuk semua aspek tata cara kehidupan di dunia termasuklah bab akidah, syariah, akhlak mahu pun urusan pentadbiran dan sosial masyarakat.

Baginda bertitah, membaca dan mendengar al-Quran malah boleh menjadi satu bentuk terapi rohani dalam diri setiap insan.

"Pembaca dan pendengarnya akan mendapat keberkatan dari ayat-ayat yang dibacakan.

"Masyarakat umum mengetahui bahawa membaca al-Quran bukan sahaja satu ibadah, tetapi dapat menjadi penawar hati yang gelisah, pemikiran yang tidak menentu dan jasmani yang sakit," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masehi yang diadakan di Dewan Warisan, di sini malam tadi.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi kategori qari iaitu johannya, Muhammad Anas Abdul Hadi yang mendapat markah sebanyak 85.5% diikuti naib johan, Mohd. Mawardi Jamaludin (80%) dan Khalil Khusairi Zainol (80.5%).

Tuanku Tengku Fauziah pula berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi kategori qariah iaitu johannya, Siti Aishah Md. Arif yang mendapat markah 82.5% diikuti naib johan, Selasiah Akob (78.5%) dan Sarina Che Yahya (77.5%).

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut diadakan ialah tazkirah selingan bertajuk 'Al-Quran Manual Kehidupan' yang disampaikan oleh pendakwah, Datuk Dr. Danial Zainal Abidin.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE