Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Rai Delegasi Persatuan Muslim Trang, Thailand n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Rai Delegasi Persatuan Muslim Trang, Thailand

/ Archive MAIPs / Jumaat, 02 Februari 2018 06:28

 

KANGAR, 2 Feb. 2018 (Jumaat) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini menerima kunjungan delegasi 45 anggota Persatuan Muslim Wilayah Trang, Thailand yang dalam rangka lawatan kerja ke negeri ini.

Dalam kenyataan di sini, MAIPs berkata delegasi itu diketuai Pengerusi persatuan Ustaz Nu Man Sa-aa.

Pada lawatan itu, persatuan diberi taklimat mengenai pengurusan masyarakat Islam oleh agensi di bawah MAIPs selain mendengar pembentangan Jabatan Kehakiman Syariah Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Jabatan Mufti Perlis.

Mereka juga turut melawat Galeri Diraja dan Centre of Sunnah MAIPs di Arau, Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis dan Pusat Pengurusan Jenazah MAIPs Darul Abrar di Kampung Kubang Gajah di Arau, demikian menurut kenyataan itu.

MAIPs berkata Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menerima mengadap rombongan tersebut.

Sumber daripada BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE