MAIPs STAFF MENU
Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.
Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia di Dewan Serbaguna Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.
Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral, Datuk Mohd Zaini Hashim serta para pegawai kanan beliau.
Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen menunaikan solat jemaah sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia di Dewan Serbaguna Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abd Halim.
Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Briged Ke-30 Infantri Malaysia yang bertujuan untuk menyantuni dan meraikan pasukan anggota tentera yang berkhidmat serta beramah mesra bersama Baginda Tuanku berdua.
Raja Muda dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 20 asnaf dan anak yatim terpilih yang bermastautin berdekatan kem tersebut.Related Articles
Baginda berdua turut berkenan untuk berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih bersama para tetamu lain yang hadir.Di akhir majlis, pihak penganjur membuat satu kejutan dengan upacara memotong kek bagi meraikan hari ulangtahun keputeraan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah yang jatuh pada 28 Mac 2024.
Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bakal meraikan ulangtahun ke 22 sebagai Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri setelah dilantik berkuatkuasa pada 1 April 2002.
Team Suara Merdeka juga merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Sumber: Suara Merdeka