Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs sediakan kaunter zakat pandu lalu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kaunter zakat pandu lalu di 10 buah masjid perintis sekitar Perlis Kaunter zakat pandu lalu di 10 buah masjid perintis sekitar Perlis

MAIPs sediakan kaunter zakat pandu lalu

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 29 Mac 2024 10:39

KANGAR, 28 Mac- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil inisiatif dengan mewujudkan kaunter zakat pandu lalu kata Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Sebanyak 10 buah masjid menjadi perintis pelaksanaannya antaranya Masjid Negeri Arau, Masjid Alwi,Masjid Al-Istiqamah Kampung Teluk Jambu, Masjid Al-A’la Behor Temak dan Masjid Sirajuddin Padang Pauh yang bermula sejak 25 Mac.

 

Mohd Nazim berkata, kaedah itu lebih mudah terutamanya bagi mereka yang bekerja atau mempunyai urusan di luar yang tidak sempat singgah di masjid untuk membayar zakat.

 

"Kaedah pembayaran zakat pandu lalu ini dilihat lebih cepat, mudah, menjimatkan masa serta teratur."

 

"Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis tahun ini ditetapkan asebanyak RM 7.00 bagi yang menggunakan beras tempatan, manakala bagi yang menggunakan beras import iaitu Bukan Spesial Tempatan maka kadar Fitrah adalah sebanyak RM10.00," katanya di sini.

 

Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak Satu Gantang Nabawi seorang bersamaan 2.6 kilogram.

 

Selain kaedah pandu lalu ini, pembayaran secara biasa kepada amil di masjid turut disediakan sepertimana kelaziman selain pembayaran secara dalam talian.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE