Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ‘Kurma Daging Perlis’ di Lemon Garden Cafe, Shangri-La KL n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
 Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen dan Sharifah Khatreena Nuraniah berkenan menyerahkan streamer ‘Perlis - The Undeniable Charm’ kepada Zulkifli Jaffar di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen dan Sharifah Khatreena Nuraniah berkenan menyerahkan streamer ‘Perlis - The Undeniable Charm’ kepada Zulkifli Jaffar di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

‘Kurma Daging Perlis’ di Lemon Garden Cafe, Shangri-La KL

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 26 Mac 2024 15:23

Hotel Shangri-La Kuala Lumpur mulai menawarkan sajian istimewa berupa masakan ‘Kurma Daging Perlis’ di Lemon Garden Cafe mulai hari ini (26 Mac) sehingga akhir Ramadan .

 

Upacara pelancaran promosi tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Majlis Iftar Jamaie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di hotel berprestij di Jalan Sultan Ismail berkenaan.

 

Baginda berkenan menyerahkan streamer ‘Perlis – The Undeniable Charm’ kepada Penasihat hotel tersebut, Datuk Zulkifli Jaffar sebagai simbolik perasmian.

 

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung Baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Kerjasama Hotel Shangri-La Kuala Lumpur bersama-sama MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ini merupakan salah satu usaha kecil untuk sama-sama merancakkan lagi promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang sedang berlangsung.

 

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah bahawa penyertaan Negeri Perlis dalam ‘March MATTA Fair 2024’ sebagai ‘Malaysia’s Favourite Destination’ baru-baru ini telah memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk menjadikan program tersebut sebagai platform utama dalam mempromosikan destinasi pelancongan unik dan kepelbagaian produk pelancongan Negeri Perlis kepada pengunjung dari seluruh negara bersempena TMPs 2024-2025.

 

Titah Raja Muda, kerajaan negeri juga turut menyasarkan penyertaan pada edisi kali ini dapat menjadi dorongan kepada pertumbuhan pesat industri pelancongan tempatan melalui pengenalan produk dan perkhidmatan yang menjadi daya tarikan luar biasa di Negeri Perlis kepada masyarakat tempatan dan luar negeri.

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE