Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur peruntukan RM3.06 juta bantuan mikro baik pulih kediaman n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs salur peruntukan RM3.06 juta bantuan mikro baik pulih kediaman

MAIPs salur peruntukan RM3.06 juta bantuan mikro baik pulih kediaman

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 26 Mac 2024 14:56

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM3.06 juta menerusi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan melalui ahli kariah masjid seluruh negeri Perlis sepanjang tahun ini.

 

Sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif MAIPs dalam usaha mempertingkatkan lagi keselesaan golongan sasar yang melibatkan isu-isu baik pulih kecil kediaman yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kariah Masjid selari dengan Pelan Strategik MAIPs 2021-2025.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata, dalam menjayakan agendanya yang ulung, MAIPs telah menggariskan Pelan Strategik 2021 - 2025 dan mewujudkan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 untuk memandu pengurusan MAIPs menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

 

"Segala kerja yang dilaksanakan sentiasa mendapat nasihat dan saranan oleh ahli majlis dan jawatankuasa bawah MAIPs. Pelbagai inisiatif telah diusahakan MAIPs dari dahulu sehingga kini demi memastikan syiar Islam dan kemajuan sosial Umat Islam di Perlis sentiasa diperteguhkan," kata Mohd Nazim.

 

Simbolik penyerahan peruntukkan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Iftar Jamaie MAIPs bagi meraikan Ahli-Ahli Jawatankuasanya di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur.

 

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan mengurniakan Tauliah Pelantikan bagi sesi 2024/2025 iaitu bermula 1 Januari 2024 hingga 1 Disember 2025.

 

 

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE