Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ibarat sirih pulang ke gagang buat Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ibarat sirih pulang ke gagang buat Raja Muda Perlis

Ibarat sirih pulang ke gagang buat Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 25 Mac 2024 08:22

‘Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang’, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke pameran Arena Malaysia Aviation Group (MAG) yang merupakan syarikat induk Malaysia Airlines di MATTA Fair 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Dutamas 2, Segambut, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba baginda yang pernah berkhidmat dengan Malaysia Airlines selama 12 tahun dari 1990-2002 sebelum dilantik sebagai Tuanku Raja Muda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) Berhad, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

 

Sebagai rakan rasmi utama MATTA Fair, Arena MAG menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik kepada para pengunjung.

 

Malaysia Airlines juga telah menjalin kerjasama sebagai rakan penerbangan komersial kelab bolasepak tersohor dunia iaitu Manchester United yang mempunyai 1.1 billion peminat dan pengikut di seluruh dunia.

Tuanku Raja Muda Perlis seisi keluarga ialah penyokong tegar kelab ‘Red Devils’ tersebut. Tambah istimewa ialah apabila Baginda dipersembahkan jersi kelab tersebut yang disampaikan oleh lagenda Manchester United, Wes Brown.

 

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah bagi merasmikan Majlis Pembukaan MATTA Fair 2024 yang berlangsung selama 3 hari bermula daripada 22 hingga 24 Mac 2024 yang mana negeri Perlis diberi penghormatan sebagai ‘Malaysia’s Favourite Destination’ pada edisi kali ini.

 

 

 

Tuanku Raja Muda Perlis berpengalaman dalam industri pelancongan antarabangsa khususnya sektor penerbangan kerana pernah mengetuai pejabat Malaysia Airlines sebagai Pengurus Kawasan di Madrid, Sepanyol bertanggungjawab untuk Sepanyol, Portugal dan Afrika Utara dari 1995 hingga 1998 dan di Zurich, Switzerland bagi Switzerland, Austria dan Eropah Tengah dari 1998 hingga 2002.

 

 

 

 

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE