Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Rasmi Program Ramadan Kita Perlis Bersama Penghuni Teratak Rahmat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Rasmi Program Ramadan Kita Perlis Bersama Penghuni Teratak Rahmat

Raja Muda Rasmi Program Ramadan Kita Perlis Bersama Penghuni Teratak Rahmat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 22 Mac 2024 09:24

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Program Ramadan Kita Perlis Bersama Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat di Jalan Mata Ayer, petang semalam.

 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) E-Idaman Sdn Bhd, Zaki Abdul Azid Daud dan Pengarah Urusan II HPA Industries Sdn Bhd, Fisal Ahmad Tajuddin.

Hqdir sama CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta Pengasas Bersama dan Pengarah Pembangunan LC Wakaful Digital Sdn Bhd, Rizal Kamaruzzaman.

 

Program ini merupakan anjuran E-Idaman Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), HPA Industries Sdn Bhd dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP) yang bertujuan untuk meraikan dan menyantuni anak-anak yatim serta golongan yang kurang bernasib baik ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan E-Idaman kepada MAIPs yang berjumlah RM10,400 kepada akaun Teratak Rahmat.

Sumbangan tersebut akan didebitkan kepada 52 orang penerima daripada Teratak Rahmat tersebut dengan jumlah RM200 berupa e-voucher ‘Go Barakah’.

Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan dari E-Idaman dan HPA Industries kepada 52 orang penerima berupa barang makanan dan kuih raya.

Sumber daripada Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE