Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur sumbangan berjumlah RM4.529 juta sepanjang 2023 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Foto Media Istana Arau Foto Media Istana Arau

MAIPs salur sumbangan berjumlah RM4.529 juta sepanjang 2023

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 02 Januari 2024 10:54

KANGAR, 1 Januari- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengagihkan sumbangan agihan zakat sebanyak RM4,529,000 kepada seramai 6,470 orang asnaf di seluruh negeri Perlis melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli sepanjang tahun 2023 yang lalu.

 

Kesemua 80 kayuhan yang dilaksanakan melibatkan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, melalui Program Kayuhan MAIPs Peduli sejak tahun 2013 sehingga ke hari ini seramai 45,425 penerima telah menerima sumbangan MAIPs dengan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM29,301,500 dengan bilangan kayuhan sebanyak 867 kali.

 

“MAIPs amat beruntung kerana kesemua program melibatkan komitmen penuh daripada Tuanku Syed Faizuddin yang berangkat sendiri mengetuai program.”

 

“Ucapan terima kasih juga atas kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sepanjang menjayakan segmen pemeriksaan kesihatan kepada 102 kariah masjid di seluruh negeri Perlis serta penglibatan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan strategik dan para penyumbang zakat kepada MAIPs yang budiman," kata Mohd Nazim kepada pemberita pada penutup Program Kayuhan Kali ke-80 sepanjang 2023 di Kangar.

 

Pada edisi kali ini, Zakaria Bakar, 66 tahun dari Kampung Kota Keran, Roseli Mat Ros, 65 tahun dari Behor Gonchar dan Zainol Mahamud Hashim di Behor Temak telah menerima bantuan sumbangan wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

   

Sumber: Berita RTM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE