Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Zakat Emas dan Perak

SYARAT : 

Emas dan perak wajib dikelurkan zakat bilamana cukup syarat-syaratnya. Jika emas dan perak itu dijadikan barangan perhiasan (barang kemas) oleh wanita-wanita dan tidak melebihi 25 mayam atau 85 gram, maka tidaklah dikenakan zakat ke atasnya.

KAEDAH PENGIRAAN

Nisab Zakat Emas :     Jumlah minima diwajibkan zakat ialah seberat 20 misqal bersamaan dengan 85 gram atau 25 mayam 2.7108 saga.  

Nisab Zakat Perak :     Jumlah minima yang diwajibkan zakat ialah 200 dirham bersamaan dengan 594 gram atau 176 mayam 6.9732 saga. 

Kadar Zakat Emas dan Perak  :  Kadar yang dibenarkan ke atas zakat emas dan perak ialah sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada jumlah semuanya.