Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Zakat Binatang Ternakan

Termasuk dalam kumpulan ini adalah unta, lembu, kambing, kambing biri-biri dan kibas .

    i. Islam

    ii. Merdeka

   iii.  Milik sempurna

    iv.  Cukup haul – iaitu  genap satu tahun pemeliharaannya

     v.  Cukup nisab : Permulaan nisab bagi permulaannya bagi :

a.     unta - 5 ekor

b.     lembu atau kerbau – 30 ekor

c.     kambing biri-biri – 40 ekor

vi.  Binatang itu tidak digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja seperti membajak sawah, menarik kereta, memusing kincir air dan sebagainya.

vii. Bebas merumput binatang –binatang yang dikenakan zakat itu hendaklah dipelihara secara bebas di padangrumput. Sekiranya tertambat atau dibawa rumput kepadanya tidak dikenakan         zakat.

SIFAR KIRAAN ZAKAT LEMBU / KERBAU

BILANGAN

KADAR DIKELUARKAN ZAKAT

30 – 39

1 ekor anak lembu (jantan/betina) berumur 1 tahun

40 – 59

1 ekor anak lembu jantar berumur 2 tahun

60 – 69

2 ekor anak lembu l\jantan berumur 1 tahun

70 – 79

2 ekor anak lembu berumur 1 tahun (1 jantan dan 1 betina)

80 – 89

2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90 – 99

3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

100 – 109

3 ekor anak lembu jantan (1 ekor lembu betina berumur 2 tahun, 2 ekor jantan berumur 1 tahun)

110 – 119

3 ekor anak lembu ( 1 betina berumur 1 tahun dan 2 ekor jantan berumur 2 tahun)

Apabila bilangan itu lebih dari yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu yang berumur 1 tahun . bagi setiap 40 ekor lembu, diwajibkan zakat 1 ekor lembu yang berumur 2 tahun.

SIFAR KIRAAN ZAKAT KAMBING / KAMBING BIRI – BIRI

Bilangan

Kadar dikelurkan zakat

40 – 120

1 ekor berumur 1 tahun

121 – 200

2 ekor berumur 1 tahun

201 – 299

3 ekor berumur 1 tahun

300 – 400

4 ekor berumur 1 tahun

 Itulah kadar pengiraan seterusnya, tiap pertambahan 100 ekor zakatnya d tambah seekor kambing atau biri – biri asalkan nilai harganya sama.