Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

PROGRAM SEKAMPIT BERAS KASIH ISLAH MAIPs

Program ini adalah salah satu inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk membantu asnaf dengan memberikan bantuan bekalan makanan asas termasuk beras dan lain-lain dari sumbangan fidyah.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Al Islah Negeri Perlis.

Asnaf yang memerlukan bantuan bekalan makanan asas ini boleh terus mendapatkannya di Persatuan Al Islah Negeri Perlis yang beralamat seperti berikut:

Persatuan Al Islah Negeri Perlis
KM 1.2 Jalan Mata Ayer
02500 Mata Ayer Perlis
Tel : 04-9772219

Diharapkan dengan inisiatif ini, tiada lagi kes asnaf yang kelaparan di Negeri Perlis. Asnaf yang memerlukan bantuan makanan, boleh datang ke Persatuan Al Islah Negeri Perlis pada bila-bila masa untuk mendapatkan bantuan tanpa perlu mengisi borang dan lain-lain birokrasi