Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Skim Wakaf Tunai MAIPs

PENGERTIAN WAKAF

Bahasa ­, Menahan, Menghalang

Istilah/ Syara’ :

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan nat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

PENGERTIAN WAKAF TUNAI 

Wakaf Tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan MAIN atau nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf bagi tujuan membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan dan amal jariah.

WAKAF TUNAI MAIPs

Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.

OBJEKTIF SKIM WAKAF TUNAI

  1.   Menghidup suburkan semula amalan wakaf yang sangat dituntut dalam Islam
  2.   Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat untuk menyertai ibadat wakaf walaupun tanpa aset kekal.
  3.   Masyarakat dapat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini untuk mengerakkan pembangunan sosio ekonomi  umat Islam