Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Skim Wakaf Tunai

Skim Wakaf Tunai memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing

OBJEKTIF

  1. Menghidup suburkan semula amalan wakaf yang sangat dituntut dalam Islam
  2. Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat untuk menyertai ibadat wakaf walaupun tanpa aset kekal
  3. Masyarakat dapat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini untuk menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam
  4. Menanam dan mendidik semangat kerjasama anatara umat Islam
  5. Memperluaskan saluran kebajikan dengan cara lebih sistematik dan berkesan