Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Piagam Pelanggan

Kami berjanji InsyaAllah:
1. Memberi layanan mesra, berhemah dan bersopan santun kepada pelanggan dengan kadar segera setelah nombor dipanggil.
2. Menjalankan siasatan terhadap permohonan bantuan dalam tempoh 10 hari selepas permohonan diterima.
3. Meluluskan permohonan7:
 
i) Bantuan pembinaan/ baik pulih rumah dalam tempoh tahun semasa bagi permohonan yang telah dipersetujui oleh pihak jawatankuasa kariah atau
pihak pemegang taruh (stake-holder).
ii) Bantuan pembinaan/ baik pulih rumah dalam tempoh 1 bulan (serta merta) bagi permohonan kerana bencana alam.
iii) Bantuan yang lain seperti sara hidup, perubatan, pelajaran dan sumbangan fisabilillah dalam tempoh 3 bulan.
4. Membuat bayaran bil-bil yang lengkap dan permohonan bantuan yang telah diluluskan dalam masa 14 hari dari tarikh bil diterima di Unit Kewangan.
5. Mengeluarkan resit rasmi bagi terimaan wang zakat, wakaf dan sumber am pada hari yang sama.
6. Mengeluarkan penyata bayaran zakat tahunan kepada pembayar zakat melalui potongan gaji bulanan tidak melebihi 30 hari pada tahun berikutnya.
7. Memproses permohonan harta wakaf dalam tempoh 30 hari.
8. Mengeluarkan sijil wakaf kepada pewakaf dalam tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran hak milik harta wakaf.
9. Menyediakan perkhidmatan penerangan zakat/ wakaf/ dakwah dalam tempoh yang bersesuaian dari tarikh permohonan diterima.