Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Kata-kata Aluan

KATA ALUAN SETIAUSAHA

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, وبعد.

 

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”,

 “Menjunjung Syiar, Memaju Ummah”. 

 Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan ruang untuk MAIPs terus memberikan perkhidmatannya untuk agama dan watan.

            Dalam kepesatan ledakan teknologi informasi dan maklumat masa kini, MAIPs haruslah menzahirkan posisinya di tempat yang tepat, agar Ia relevan dan mengikut peredaran zaman.

 MAIPs haruslah memastikan kewujudannya seiring dengan peredaran masa, namun mengekalkan semangat penubuhannya seperti yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis antaranya seperti berikut :

“ Maka hendaklah ada sesuatu badan bernama “Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis” untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah dalam perkara – perkara yang berhubungan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu”.                      

Adalah diharapkan, Portal Rasmi MAIPs ini, dapat memberikan gambaran awal dan maklumat yang tepat berkaitan MAIPs.

Sekian.

Salam hormat,

HAJI MOHD NAZIM BIN HAJI MOHD NOOR

Setiausaha,

(Menjalankan Ketua Pegawai Eksekutif) 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis