Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Articles

FAQ

1. Apakah prosedur permohonan bantuan IPT?
  Bantuan Pengajian IPT disediakan bagi pengajian peringkat sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja berdasarkan prosedur berikut:
1. Tawaran kemasukan tahun semasa.
2. Hanya diberikan pada semester pertama.
3. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan, perlu disertakan bersama:
  i) Surat tawaran pengajian.
ii) Salinan kad pengenalan pelajar.
iii) Slip bayaran pendaftaraan.
   
2. Apakah asas penilaian aset perniagaan dalam taksiran zakat ?
  Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori yang ada.
   
3. Adakah penghutang perdagangan atau akaun belum terima dikenakan zakat?
  Penghutang perdagangan atau Akaun belum terima akan dizakatkan apabila diyakini penghutang tersebut akan membayar balik ataupun ada bukti-bukti yang membolehkan hutang tersebut dikutip semula adanya cagaran,surat jaminan bank dan sebagainya. Bagi kes penghutang yang diragui kutipannya, zakat tidak dikenakan ke atasnya.
   
4. Bagaimanakah Kedudukan Wang Pinjaman yang diperolehi oleh pihak syarikat adakah ia dikira sebagai sumber yang perlu dizakatkan ?
  Menurut Imam Syafie, tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab atau tidak. Menurutnya orang yang berhutang wajib membayar zakat kerana harta yang diperolehi dengan cara hutang dianggap harta sendiri kerana peminjam berhak untuk menggunakan mengikut kehendaknya jika harta itu menjadi miliknya dan sumber untuknya.
   
5. Adakah Zakat Dikenakan Atas Keuntungan Atau Kerugian Syarikat?
  Zakat ditaksirkan atas aset milik sempurna, ini bermakna bahawa bagi sesebuah perniagaan, makluman aset adalah terdapat pada kunci kira-kira. Adapun makluman terdapat pendapatan dan keuntungan, ianya merujuk kepada aspek prestasi perniagaan sedang zakat bukan ditaksir atas prestasi sesebuah perniagaan. Komponen dalam aset semasa boleh berpunca sama ada daripada modal (ekuiti) atau pinjaman pelaburan atau aktiviti jual beli. Maka pada tarikh taksiran zakat perniagaan dilakukan, hanya item-item aset semasa yang cukup syarat milik sempurna akan dikenakan zakat setelah mengambil kira tolakan, pengecualian dan pelarasan yang dibenarkan. Sebab itu dapat diperhatikan bahawa syarikat yang rugi sekali pun mungkin mempunyai aset milik sempurna yang cukup syaratnya dan cukup nisab, seterusnya wajib membayar zakat.
   
6. Apakah Unit Pembangunan (Baitulmal) di MAIK tidak menguruskan agihan zakat kepada para asnaf ?
  Ya, Unit Pembangunan (Baitulmal) di MAIK tidak menguruskan agihan wang zakat kepada asnaf kerana ia telah diurus oleh Unit Agihan MAIK.
   
7. Apakah syarat-syarat asas seseorang yang hendak mewakafkan tanahnya ?
  Syarat-syarat Asas tersebut ialah:
a) Merdeka
b) Berakal
c) Cukup umur
d) Waras fikiran
e) Pilihan sendiri (tanpa paksaan)
   
8. Berapakah rukun wakaf ?
  a) Waqif (orang yang mewakaf)
b) Mauquf (harta yang diwakaf)
c) Mauquf 'alaih (pihak yang menerima wakaf)
d) Sighah (lafaz)
   
9. Apakah perbezaan wakaf Am dan Wakaf Khas ?
  Perbezaan ketara kedua-duanya ialah Wakaf Am adalah pewakaf mewakafkan hartanahya untuk kegunaan umum (khairat awam - public purpose) Umat Islam dan terserah nazir (MAIK) untuk memanfaatkannya. Adapun Wakaf Khas ialah pewakaf mewakafkan hartanah miliknya untuk satu-satu kegunaan yang dikhaskan seperti tapak masjid,perkuburan dan apa-apa saja yang ditentukan tujuannya oleh pewakaf.
   
10. Bagaimana cara untuk proses Wakaf Am dan Wakaf Khas ?
  Cara untuk pewakafan Am ialah individu terbabit menyatakan niatnya kepada pihak MAIK melalui surat rasmi dan pihak MAIK akan memberi maklumbalas dengan menyertakan Surat Cara Wakaf. Surat Cara Wakaf yang disempurnakan oleh individu terbabit kemudiannya di semak oleh pihak MAIK dan jika disahkan pewakafan untuk tujuan am maka pihak MAIK akan memproses /menyediakan Borang 14A (Pindah Milik Tanah KTN 1965) untuk ditandatangani dan setelah disempurnakan pihak MAIK akan menyelesaikannya di institusi-institusi terbabit sehinggalah tanah dihakmilikkan kepada MAIK. Adapun wakaf untuk tujuan Khas, individu terbabit diberi pilihan samada mendapatkan sendiri Borang 12A (Penyerahan balik tanah - Keseluruhan) atau 12B (penyerahan balik Tanah - Sebahagian) di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan berkaitan atau menghubungi pihak Maik. Borang-borang yang telah disempurnakan dan ditandatangani dihadapan Pentadbir Tanah kemudian akan diurus oleh Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing di mana pihak MAIK akan menerima surat rasmi daripada pihak terbabit untuk mengesahkan samada dipersetujui untuk diletakkan di bawah kawalan MAIK atau sebaliknya, manakala proses pewartaan akan dibuat oleh Pejabat Tanah berkaitan setelah menerima surat rasmi dari pihak MAIK.
   
11. Bolehkah Pengambilan Tanah Wakaf dibuat untuk kepentingan Awam ?
  Bahawa menurut Hukum Syarak, tanah-tanah Wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberi kepada sesiapa dan tidak boleh dipindahmilik, demikianlah sebagaimana yang berlaku pada Wakad Saidina Omar Ibnu Khattab R.A terhadap tanahnya di Khaibar. Bahawa menurut Sek. 60(1) Enakmen MAIK Bil. 4/1994, tanah-tanah Wakaf Negeri Kelantan terletak hak kepada Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Pemegang Amanah Tunggal. Oleh yang demikian, jika tanah Wakaf diambil balik oleh pihak Berkuasa Negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada pihak MAIK supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak wakaf.
   
12. Tanah-tanah Perkuburan lama yang tidak lagi digunakan untuk mengebumikan mayat sampai bilakah tanah-tanah itu mesti dikekalkan sebagai tanah perkuburan ?
  Untuk menentukan hingga bilakah tanah-tanah perkuburan mesti kekal dipelihara terpulanglah kepada ahli-ahli Khabrah bumi (pakar kaji bumi) menentukan samada mayat-mayat yang dikebumikan disitu sudah hancur semuanya atau belum. Jika semuanya telah hancur menjadi tanah maka bolehlah digunakan tanah itu untuk tujuan lain dengan syarat tanah perkuburan itu hanya dari jenis mamlukat atau majhulat sahaja. Adapun jika ianya tanah wakaf atau masbalat (diguna oleh masyarakat umum untuk perkuburan) maka tidaklah boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.
   
13. Adakah harus diberi sewa sebahagian tanah perkuburan orang Islam yang belum digunakan untuk tujuan menanam tanaman tak kekal seperti halia dan sebagainya, sedangkan sebahagian tanah tersebut digunakan untuk mengkebumikan mayat dan keadaannya masih luas lagi?
  Boleh (harus) dibenarkan bercucuk tanam tanaman tak kekal yang boleh hidup tidak lebih dari setahun pada tempat yang belum lagi digunakan untuk mengebumikan mayat atas tanah masbalat (perkuburan umum) dengan syarat ianya tidak mengganggu tanah masbalat itu daripada kegunaan untuk tujuan asalnya.
   
14. Boleh atau tidak diberi sewa tanah rizab perkuburan, tapak masjid atau sekolah Agama yang belum digunakan lagi untuk dijadikan padang permainan bola sepak dan sebagainya?
  Tanah rizab (simpanan) yang belum lagi digunakan oleh Majlis Agama Selaku nazir mengambil manfaat dengannya buat sementara selama ianya belum digunakan bagi tujuan atau maksud simpanannya.
   
15. Siapakah yang berhak atas buah-buahan sedia ada di atas tanah perkuburan dan adakah pokok-pokok dan buah-buahan itu jadi wakaf juga?
  Tanah yang diwakafkan bagi maksud perkuburan tidak boleh digunakan bagi sebarang tujuan lain selain dari mengebumikan mayat. Maka siapa yang menggunakan tanah itu untuk tujuan yang lain wajiblah atasnya membayar sewa kepada pihak nazirnya untuk dibelanjakan bagi maslahah tanah perkuburan itu.
   
16. Adakah harus sebidang tanah yang telah diwakaf bagi membina sekolah Agama dipecah untuk dibuat jalanraya di tengah-tengahnya dan sebahagian dari bangunan itu diroboh bagi tujuan meluaskan jalan tersebut?
  Apa-apa benda wakaf tidak harus diubah tujuan orang yang mewakafnya. Ertinya wakaf untuk tujuan membina sekolah Agama tidak harus diubah kepada tujuan lain dan tidak harus diubah sifat-sifatnya yang asal melainkan dengan suatu sebab yang memaksa berbuat demikian. Jadi sekiranya tanah wakaf itu terpaksa diambil untuk satu-satu kegunaan atau satu-satu maslahah maka hendaklah dibayar dengan harga yang patut, dan harga itu hendaklah digunakan untuk mengganti tanah wakaf yang diambil itu atau untuk masalah umum menurut pandangan nazir wakaf.
   
17. Seruangan tanah telah diwakaf untuk mendirikan bangunan tempat berhenti dan berteduh (wakaf). Tuan tanah tersebut telah pun mati. Bangunan itu kini telah pun usang dan tidak ada siapa pun lagi yang sanggup membaikinya kerana kegunaannya tidak seberapa lagi. Dengan itu maka tanah tersebut akan terbayar begitu sahaja tanpa apa-apa faedah. Adakah boleh Majlis Agama, selaku nazir kepada tanah wakaf , menyewakannya kepada sesiapa-sesiapa untuk dijadikan tapak rumah?
  Tiada halangan tanah tersebut diberi sewa oleh nazirnya apabila didapati ada maslahah di samping bertujuan mengelakkan daripada terbiarnya maksud wakaf.