Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

YTSP Serah Sumbangan Isi Tabung Mobiliti Pelajar UiTM


 

KANGAR ,7 Sept. 2018 (Jumaat) - Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menghulurkan sumbangan bernilai RM3,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Terinai Lake View, Timah Tasoh di sini semalam.

Sumbangan tersebut diserahkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Ahli Lembaga Pengarah UiTM merangkap Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan.

Sumbangan tersebut adalah bersempena dengan Program Kayuhan Amal Bagi Mengisi Tabung Mobiliti Pelajar anjuran UiTM) di Kampus Puncak Alam universiti itu di Selangor, pada Ahad ini.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menghadiri Majlis Apresiasi Sisipan Akhbar Khas Sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-75 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada Ahad ini, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyertai Program Kayuhan Amal Bagi Mengisi Tabung Mobiliti Pelajar itu.

Selain itu, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan berangkat dalam program berasingan untuk golongan wanita, tetapi bagi tujuan sama iaitu untuk mengumpul dana tabung berkenaan.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE